10.2.10

Villa Nabila JB *updated*

Orang kata, bulan Ramadan bulan yang takpayah orang Islam risau kalau merayap tengah malam/pagi buta sebelum subuh kat celah-celah pokok besar maupun kuburan. Sebab katanye dah diikat segala jenis setan/jin yang jahat tuh. Jadiknye, probability menjumpai hantu tu berkurangan sehingga ke 0.00000010 %.

Jadiknya, 4 tahun lepas waktu bulan Ramadan, aku dan kekawan Borneo bersama Bai rumetku telah secara tak sengaja berlagak berani melawat rumah hantu. Bukan rumah hantu di funfair ye kawan-kawan....ni rumah hantu betul-betul orang kata ada hantu. Tapi sebelum pelan tersebut dibuat kitorang bersahur dulu, berhepi dulu sebab tak terfikir lagi pasal tu....
 
 -baru nak start gembira bersahur (kat Singgahlasalalu)-

 
-ok dah gembira waktu ni harharharharmee!-

-lepastu mula merepek dirikan sisa makanan-

 -kat sini lah Bai cakap, "Jom gi Villa Nabila"-

Okay. Bai cakap tu rumah hantu. Budak-budak lain dah start belagak berani, tapi aku still takut. Aku sorang je tanak pegi. Tanak pegi kang sape nak anta balik UTM? Naik bas? Dah pukul 2 pagi beb. 

Aku, Juju, Leneng and Leri (drebar) 1 kereta. Yang lain-lain tu kereta 1 lagi. Misi mencari Villa Nabila memang payah sebab Bai tak ingat kat mana, lagipun malam-malam tak cam jalan. Villa tu letaknya dekat-dekat Istana Bukit Serene/dekat juga dengan Straits View Hotel kot. Lokasi rumah tu maybe seperti yang ditunjuk dalam gambar bawah ni. Tak sure kat mana (bulat merah) tapi kompem dekat 1 selekoh.

-ihsan gugel klik gambar kalau tak nampak-

Sebenarnya, sebelum jumpa rumah tu, Juju yang mempunyai supernatural nye tu telah dapat merase yang kitorang dah hampir sangat dengan rumah tu. Kitorang ada berhenti kat 1 selekoh, yang mana Juju memang dah takut waktu tu sebab dia tau 'benda' tu dah dekat. Pusing-pusing lagi area tu, last-last Bai masuk 1 simpang kat selekoh tu. Dah jumpa. Uhhhhhh takot.

Geng kereta aku park kat luar simpang masuk rumah tu je, tapi geng kereta Bai masuk sampai depan gate rumah tu. Sebab ape? Sebab Menk dengan Far nak masuk rumah tu ambil gambar! Tapi, tiba-tiba.......

Kereta diorang mati enjin. Waktu tu Juju dah sebok-sebok suruh blah dari situ. Tapi takboleh nak blah sebab kereta diorang tak hidup-hidup. Aku memang dah nyuruk taknak tengok rumah tu dari awal sampai. Disebabkan kereta diorang tak hidup, Leneng keluar dari kereta (tak tutup pintu pulak tu!) pergi ke kereta lagi satu. Masa tu memang kelam kabut. Bila kereta lagi 1 dah hidup enjin, diorang cepat-cepat nak blah. Leneng pun cepat-cepat masuk kereta kitorang balik. Blah blah blaaaaaahhhhhhhhh!

Lega keluar dari area tu. Tapi kereta diorang, on the way ke UTM sentiasa diketuk sesuatu dari atas bumbung kereta. Drebar diorang, Fara pun drive macam orang hilang akal nyaris nak kena langgar. Sampai bilik, semua terdiam. Nani dah nangis. 

Aku, Juju, Bai, Leneng, Nani, Leri, Menk, Far dan Fara takkan lupa kejadian tu sampai bila-bila. Even dalam bulan Ramadan pun, jangan ingat benda tu takboleh berlaku. Sebab yang keluar tu ROH, bukannya jin.


*Nak tau kenape rumah tu berhantu? Pegi gugel yahoo Villa Nabila JB. Ohye, sebenarnye lepas malam tu, aku ngan Bai pergi balik ke rumah tu dengan kawan kitorang dekat-dekat waktu senja. Baru aku nampak rumah tu. Tak seseram waktu malam.

*Updates: Actually, taktau kat mana sebenarnya, and taktau adekah rumah yg kitorang pegi tu Villa Nabila. Sebab menurut forum kat sini, ada 3 banglo kat area tu yang berhantu. 


8.2.10

True Friendship.


AMARAN
Sediakan tisu/sapu tangan bagi mereka yang sensitip.
Yang tak sensitip, cuba lah ketawa.
Ok, enjoice.



6.2.10

Tempah Baju Konvo.

Taktau lah konvokasi bila berlangsung, maybe bulan 3 kot. Maybe after 15/3 kot. Sebab kakak ipar konvo bulan 15/3, maybe UTM punya konvo dekat-dekat tarikh tu la kot. Eh banyaknye kot!

Aku dah beli kain ela nak buat baju konvo. Kaler merah makngah + kuning + putih + coklat. Baju kain chiffon, kain pulak kain apetah, kain lah. Tempah kat cikgu jahit kakak, buat kurung moden biasa pahang je. Habisla.................

Cikgu Jahit: ...... (ukur)
Aku          : ...... (depa tangan)
Cikgu Jahit: .....aiya....besaa laa. Nasib baik awak tinggi.
Aku          : ..... Itula...makin lama makin besar. Taktau nak buat ape dah!

T.T Punggung besar ciss. Dan....mane ade saye tinggi cikgu! Saye pakai selipar tapak tebal ni!


Notabetis: Tukar kurung pahang sebab trauma tengok gambar raya lepas. Semua orang cakap gemuk T.T 


4.2.10

Diari Hatiku cehh.


 Mood: Rossa - Takkan Berpaling Darimu

Hari ni hari mood insaf. Setelah diinsafkan seseorang semalam. Betul cakap dia, aku ni malas. Malas buat ape? Malas buat macam-macam.

Aku marah sebab kena tegur camtu. Tapi dalam hati ni, aku sedar betapa teruknya aku di mata orang lain. Sampai subuh aku tak boleh tido (again...), sebab lepas kena tegur, terus macam ada renjatan elektrik zass buat aku semangat sudahkan benda-benda yang aku tak sudahkan. Aku memang jenis kena cucuk untuk sudahkan kerja. Maka, cucuk lah saye selalu!

Aku taknak dah backup diri sendiri dengan dia. Dia nak cakap aku ape-ape pun aku terima je. Sampaikan sekarang, aku tak boleh nak cakap secara normal dengan dia, sebab aku malu dengan dia. Malu sangat.

Papepun, aku sentiasa doakan dia dapat ape dia nak. Goodluck untuk esok. 

Notalutut: Kan dah jadi diari...haih..


Lagu dari sinetron Munajah Cinta. Alah, cerita si Attar berbini tiga
kat TV9 kul 5.30 petang. Mana-mana lelaki berkeinginan beristeri ramai, nontoin sinetron ini ya...belajar dari Mas Attar!


2.2.10

Happy Birthday Mak!

2/2 is Mak's birthday. Apa yang aku mampu buat untuk Mak sekarang hanya berdoa dia dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan mohon perkara-perkara baik akan sentiasa berlaku dalam hidup dia. Aminn...

Aku tak sempat masak spesel2 hari ni sebab baaaaaanyaaaaak betul benda nak kena setel hari ni; hantar borang mintak kerja, fotostat result, kemas rumah (hari-hari memang kena kemas, bangun pagi tengok ruang tamu bersepah dengan buku adik), basuh baju, sidai baju, sapu garaj....haih penat la bibik! 

Petang dah set dah nak masak lauk untuk mak. Tapi Mak suruh teman pergi rumah sedara pulak. Last-last tak masak pun. Nasib baik kakak ipar datang bawak kek, Angah pun balik rumah. Jadilah jugak celebrate birthday Mak, even just makan kek sama-sama je huhu.

Papepun Mak, Opie hanya mampu tolong Mak urus hal urusan kat rumah je setakat ni. Nanti Opie dah kerja, ada gaji InsyaAllah Opie tolong ape-ape je okayy. Sayang Mak =) 

Foodisnotnot: Betul cakap Nani, kita takkan dapat balas jasa parent kita walau camne hebat pun kita bila kita dah besar. Bila dah buat kerja rumah, terbayang Mak sibuk kerja, sibuk masak untuk kita, urus semua untuk kita....kita pandai merungut je. Huh!